Sabtu, 25 April 2009

Badminton Tertutup Kinabatangan

Sempena PESTA KAAMATAN 2009, semua warga Kinabatangan untuk menyertai pertandingan badminton individu sempena Pesta Kaamatan Daerah Kinabatangan. Pertandingan di adakan pada 05 - 08, Mei 2009 Pada Jam 5 pm sehingga 11 pm dan bertempat di Dewan Sri Lamaq, Kinabatangan.

Kategori :

Perseorangan Lelaki Terbuka
Bergu Lelaki (veteran) 45 tahun ke atas
Bergu Wanita Terbuka
Bergu Campuran Terbuka
Bergu Lelaki Terbuka

Hadiah Yang Di tawarkan :

Johan TRacksuit, Racket, Hamper dan Sijil
N. JOhan Baju, Hamper dan Sijil
Ketiga Baju Hamper dan Sijil
Keempat Hamper dan Sijil

Saya akan menyertai pertandingan ini nanti Kategori Bergu Lelaki terbuka, Mahu ambil Single juga, tapi takut nafas tidak mencukupi. Main sekadar suka-suka sahaja. Kalau Johan Alhamdulillah Lah. Kalau Johan dapat racket baru lagi. Kalau Kalah, balik lah...
Apapun badminton adalah sukan saya.

MAJULAH SUKAN UNTUK KAMPUNG PARIS

Khamis, 23 April 2009

Hangat - Manohara Odelia Pinot




Manohara Odelia Pinot ,model terkenal indonesia yang berumur 17 tahun didakwa dilarikan oleh seorang kerabat diraja Kelantan yang juga suaminya dan Manohara Odelia Pinot pernah didera termasuk luka di bahagian dada akibat ditoreh.

Laporan sebuah akhbar harian Indonesia, Surya kejadian itu diberitahu sendiri oleh orang dalam istana kepada ibu model berkenaan.

Ibu Manohara Odelia Pinot mendakwa anaknya dibawa secara paksa selepas mereka sekeluarga selesai mengerjakan umrah bulan lalu dengan menaiki pesawat peribadi dari Jeddah, Arab Saudi.








Rabu, 22 April 2009

Paris Badminton Club

Paris Badminton Club ( PBC )










i like funny baby

Tidak tau mahu posting apa ari ni...last² terpikir plak nak masukkan gambar baby locok-locok..cari² di Google ini jak lah yg berkenan di hati ku

Lapar mahu makan anjing


WOw...ini dia yang aku cari selama ini...


Pasti sedap ni kalau sudah masak



Anak Superman



Boleh ke kasi habis tu?


aisemen....sammatlah baby nie?



Praktis untuk masa dewasa nanti


bestnya tidur di mangkuk tandas

Tangan dah penat pegang botol susu, kaki boleh ganti pegang




alalalal..kesiannya...



hair Style 2009



wanna fight with me..?



Kalau tidak mau di gigit, jangan ganggu saya!



Boring lah ari ni..



GAtalnye budak nie..

Anjing Mirip Manusia

Penduduk di Kota Umbauba, Brazil digemparkan oleh kelahiran anak anjing yang mirip bayi manusia. Anjing tersebut melahirkan 5 ekor anak anjing, Tetapi seekor daripadanya menyerupai bayi manusia. Dua kaki depannya mirip tangan bayi manusia, dua kaki belakangnya mirip kaki bayi manusia dan memiliki alat kelaminnya mirip alat kelamin bayi manusia lelaki.
Tapi malangnya anak anjing yang mirip bayi manusia itu telah mati.


ALLAH MAHA BESAR







Apakah ini satu tanda manusia zaman sekarang sudah ramai yang berkelakuan seperti anjing?

Lihat Gambar di bawah

Lebih 5,000 orang tidak berpakaian

Wallaualam...

Sabtu, 4 April 2009

Berita Hangat

Pagi tadi adik saya calling dr Lahad Datu, ada kejadian yang tidak sedap di dengar oleh semua laipasan masyarakat. Adik sy bagi tau, Ada seorang lelaki yang membakar Bendera Sabah sambil mengibarkan Bendera warna kuning lambang Harimau di tengah Bandar Lahad Datu. Lelaki itu dapat di tahan oleh pihak polis Lahad Datu untuk di soal siasat.

Ermm....macam2 kejadian sudah di Lahad Datu, apakah motif mereka buat macam tu? Macam tiada kerja lain sudah mau di buat? Adakah mereka mau jadi hero macam yang dalam filem..huhu..Teganya hatinya membakar Bendera Sabah. Kita sebagai Rakyat Sabah memang tidak suka kejadian seperti membakar bendera Negeri kita yang tercinta Sabah.

Rabu, 1 April 2009

Kemahiran ICT dalam PJK jana sosioekonomi Dun Sukau

9th March, 2009

SUKAU: Pusat Jalur Lebar Komuniti atau PJK, satu gaya hidup baru mengangkat imej dan masa depan ilmu serta sosioekonomi masyarakat di kawasan ini.

Apa tidaknya, hanya dengan membayar RM5.00, setiap individu masyarakat bermula dari kanak-kanak, remaja, belia hinggalah suri rumah atau siapa saja, boleh meneroka dunia luar serta menguasai maklumat dengan kemahiran Teknologi Maklumat atau ICT seumur hidup!

Dengan bayaran ahli PJK ini mereka boleh berkunjung ke pusat PJK berhampiran, empat darinya bakal dibuka dalam tempoh terdekat di kawasan Dun Sukau melibatkan Kampung Paris, Kota Kinabatangan, Bukit Garam dan di Kampung Sukau sendiri sudah pun beroperasi lebih sebulan lalu .

Kesemua ini adalah mesej penting sebuah projek kerajaan di bawah Suruhanjuaya Ko-munikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang dilaksanakan oleh Telekom Malaysia, di bawah sasaran Program Pemberian Perkhid-matan Sejagat (PPS).

Daripada enam diwujudkan di seluruh Sabah, empat dari pusat PJK ini berpihak kepada kawasan Parlimen Kinabatangan, yang sebahagian besarnya mendapat manfaat rakyat dalam kawasan Dun Sukau. .. Dua lagi dari projek ini terletak di Pagulangan, Nabawan dan Mempakat Laut, Pitas.

Program menyedarkan masyarakat mengenai kemudahan ini melalui PJK Bersama Komuniti, diadakan di Pekan Sri Lamag, Kinabatangan pada Sabtu, dikendalikan bersama SKMM, TM dan empat gabungan PJK terlibat.

Program itu dirasmikan oleh Adun Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman melalui wakilnya, Amirudin Mohamad Damit, yang juga Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Dun Sukau.

Seperti apa yang dijelaskan oleh Abd. Ghafar Ismail, 27, Pengurus PJK Kampung Sukau yang diberi amanah sebagai Pengerusi Penganjur PJK Gabungan Daerah Kinabata-ngan kelmarin, penyediaan kemudahan program memperkasa ICT desa ini adalah kea rah mencapai inisiatif kebangsaan dalam merapatkan jurang digital di antara masyarakat Bandar dan luar Bandar, selaras matlamat digariskan di bawah Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

Mungkin kita masih tidak terlupa hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad suatu ketika dulu mengujudkan Koridor Raya Multimedia yang kini tersergam indah di Puterajaya, kini gagasan, visi dan misi sudah pun mula dinikmati di Sukau.

Berkelulusan Ijazah dalam bidang Pengurusan Sistem Maklumat UITM di Shah Alam 2005, yang ini juga merupakan syarat utama sebagai ketua pengendali sebuah pusat PJK yang ditetapkan SKMM, Abd Ghafar anak ketiga dari enam beradik itu mahu, seluruh masyarakat di daerah Kinabatangan menjadi ahli PJK sebagai usaha membolehkan mereka menguasai ICT.

“ Dengan menjadi Ahli PJK, mereka boleh menggunakan kesemua pusat PJK di dalam daerah ini dan di luar Sabah untuk belajar asas penggunaan komputer mengenai Microsof Office serta aplikasi On Line seperti E Goverment, On Line Banking dan sebagainya.

“ Tetapi menggunakan komputer untuk tujuan mendapatkan ilmu dan kemahiran dan mengetahui dunia luar secara maya,” katanya.

Setiap PJK termasuk tiga lagi disini yang beroperasi dalam tempoh terdekat akan dibuka bermula pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Jika peserta sesebuah PJK itu menjadi ramai bimbingan dan penggunaan komputer akan dibuat.secara bergilir.

Lebih 100 orang hadir dalam program itu dan lebih 50 darinya telah menjadi ahli PJK.

Sebagai tambahan, terdapat 14 unit komputer, dilengkapi dengan mesin pengimbas dan mesin pendua disediakan di pusat PJK Kampung Sukau bagi menjayakan operasinya, manakala di PJK Bukit Garam 18 unit Kom-puter disediakan, diikuti Kota Kinabatangan 15 dan Kampung Paris 1, 17 unit, yang turut dilengkapi mesin pengimbas dan mesin pendua. Penyediaan kesemua peralatan dan tapak projek ini ditaja oleh SKMM menerusi Universal Provision Service, sebuah agensi diperuntukkan di bawah suruhanjaya itu. Projek itu dianggarkan menelan belanja berjuta ringgit di sini.

Encik Julius Derawading bertugas sebagai Pengurus untuk PJK BUkit Garam, manakala Cik Huda Mohamad dan Cik Cermilita Caneza masing-masing bertugas sebagai pengurus PJK Kota Kinabatangan dan Kampung Paris 1.

Amirudin ketika mewakili Saddi merasmikan majlis itu, mahu seluruh rakyat di kawasan Sukau bersedia merebut peluang itu bagi mencapai matlamat SKMM dan rancangan pembangunan ekonomi yang disasarkan wakil rakyat itu.

Katanya, kemahiran dalam bidang ICT boleh membantu matlamat Saddi dan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk meneroka bidang-bidang kemajuan di kawasan itu, khususnya rancangan mengujudkan Pekan Baru Sukau, menjana ekonomi pelancongan berasaskan Gumantong Park, serta kemajuan di bidang ilmu dan pendidikan yang mampu menjana rankaian pendidikan dengan Hub Pendidikan yang diwujudkan di Kampung Sungai Batang, di Libaran. Ini sebuah projek yang diilhamkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman.

Tambahnya, kedudukan Sukau sebagai distinasi pelancongan yang dikenali di merata Asia dan Eropah, menambah tarikan kepada para pelancong ke sini dengan kemudahan PJK itu membolehkan mereka berhubung dengan keluarga dan rakan di negara asal.

“Wakil rakyat kita amat berharap jika rakyat di sini menguasai ICT untuk mencari dan meneroka apa saja bidang pelaburan luar untuk menjayakan perusahaan yang berkaitan dengan ekonomi Sukau,” katanya.

Beliau berharap, kalangan ibu bapa, individu serta mereka yang mewakili pihak kerajaan dan swasta menyokong usaha SKMM itu untuk faedah yang disasarkan demi kebaikan setempat dan berterusan.

Di petik dari NEW SABAH TIMES

Bagi kawasan Kampung Paris 1, 2 dan 3 untuk keterangan lanjut sila hubungi Di talian 013-8723293

Atau ke Website PJK KAMPUNG PARIS 1